Awal hidup dan pendidikan Ngozi Okonjo-Iweala

Beliau lahir Ogwashi-Ukwu, Negeri Delta, Nigeria. Ayahnya Professor Chukwuka Okonjo merupakan seorang pembesar Igbo bergelar Obi negeri tersebut.[5]

Beliau mendapat pendidikan di Queen's School di Enugu, St. Anne's School, Molete serta International School di Ibadan. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Harvard pada 1973 dalam bidang ekonomik di mana beliau berjaya sceara magna cum laude tahun 1976.[6] Beliau turut ke Institut Teknologi Massachusetts dalam program sarjana ekonomi serantau dalam 1981, tesisnya berjudul "dasar kredit, pasaran kewangan luar bandar dan pembangunan ekonomi Nigeria".[7]